hover animation preload

Rakyat dan pengundi tidak akan redha dengan kelakuan mereka
by Ibnu Zainal Asmawi in


DATUK Seri Najib Razak mengumumkan Adun PKR Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi (kanan), Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Jailu (dua kanan) dan Adun DAP Jelapang, Hee Yit Foong yang memaklumkan kepada Sultan Perak mereka telah keluar parti manakala Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim (dua kiri) kembali kepada Umno. Pengumuman dibuat di pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya petang tadi. - Foto Effendy Rashid



Senyuman mereka tanda kemenangan dan kepuasan mereka.

Namun adakah rakyat dan pengundi akan selesa dengan tindakan mereka? Mereka merasakan mereka di pilih dan di sokong oleh rakyat hanya dengan berbabi buta sahaja tanpa ada matlamat dan harapan.


Orang yang berkelakuan begini hanya layak di layan dengan "BALING KASUT" je.

Pandangan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

KOTA BHARU, 4 Feb (Hrkh) - Wakil rakyat yang berpaling tadah sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tumbang dianggap sebagai pengkhianat.
Iklan

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perbuatan berpaling tadah di kalangan Adun tidak menghargai pengundi yang bersusah payah berkempen ketika pilihan raya umum lalu.

"Saya rasa cukup dukacita mendengar berita wakil rakyat hilang selama dua tiga hari dan kemudian nak melompat. Saya tak faham macam mana keadaan ini boleh berlaku di Malaysia.

"Manusia macam ni patut dilemparkan dengan kasut. Selepas mendapat undi dalam pilihan raya, tiba-tiba mahu berpaling tadah. Perbuatan itu berlaku kerana ada pihak yang memujuk ," katanya di sini, lewat petang ini.

Sehubungan itu beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berharap pilihan raya negeri diadakan di Perak bagi membolehkan rakyat memberi mandat baru untuk membentuk kerajaan.

Beliau juga berkata, pemimpin yang sanggup menerima rasuah saja sanggup berpaling tadah sehingga menyebabkan pergolakan politik di negara ini tiada kesudahan.

Petang tadi tiga Adun iaitu dua dari KeADIlan dan seorang DAP di Perak mengisytiharkan memberi sokongan kepada BN. Manakala Adun Bota, Nasaruddin Hashim kembali semula ke pangkuan Umno. - mj _

Ya ALLAH berikanlah kekuatan kepada kami dan pimpinan kami. Berikanlah kemenagan kepada kami. Jauhilah kami daripada ujian Mu yang tidak mampu kami lalui. Hancurkanlah kesatuan mereka yang memusuhi ISLAM.





0 comments:

Post a Comment