hover animation preload

16 Mac 2013 ..Jom Wahai Anak Gerakan Islam
by Ibnu Zainal Asmawi in






Comments (0)

Jamuan Makan Malam Amal DPPK Tg Malim.
by Ibnu Zainal Asmawi in

28 November 2012 (Rabu) - Majlis Jamuan Makan Malam Amal anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjong Malim meriah.Syukur kepada Allah Taala atas kurniaan masa dan tenaga mampu untuk di jalankan program ini, walaupun berbagai dugaan yang ditempuhi. Dengan keyakinan dan kerja keras mampu juga dilaksana hingga akhirnya.

Ia adalah sebagai suatu momentom kepada pemuda PAS untuk lebih ageresif dalam kerja jemaah. Kita mengajak seluruh pemuda di Kawasan Tanjong Malim untuk menangkan DUN SLIM pada PRU13 akan datang.










Terima kasih kepada penceramah-penceramah, Parti komponen Pakatan Rakyat dan semua yang hadir.
Terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak. Tidak dilupakan Jabatan AmalKawasan Tg Malim yang turut bertungkus lumus tanpa kenal erti penat untuk menjayakan majlis ini.

Zulfadli Zainal
Felda Gunung Besout 2



Comments (0)

Felda Gunung Besout dan Trolak Timur Sangat memalukan
by Ibnu Zainal Asmawi in



 24 November 2012 : Jelajah Dun Slim  anjuran PAS Kawasan Tanjong Malim mempamerkan perangai UMNO yang tidak bertamadun. Negara demokrasi yang dicanang-canang akhirnya seolah-olah seperti sebuah negara diktator.

Mereka membuat sekatan terhadap PAS di Felda Gunung Besout hingga azan subuh. Juga berlaku di Trolak Timur. Kita nak ingatkan kepada mereka bahawa kami bukan takut pada manusia. Tapi pemuda mengikut araham pimpinan. sabar!!! Kemenangan pasti akan tiba.

Kita akan jelajah kembali ke Felda-felda ini untuk menerangkan kepada rakyat. UMNO terus cuak. Allahuakbar.

Haji Razman bersama PAS Kawasan
 


YDP Kaw Tg Malim bersama Jabatan Amal Negeri

 Pimpinan PAS membuat rumusan tentang kejadian di Felda Wilayah Trolak
P





Comments (0)

Anak Muda Sokong PAS di DUN SLIM
by Ibnu Zainal Asmawi in

Segala puji bagi Allah Taala Tuhan sekalian alam.

Anak muda kian sedar dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Rata-rata anak muda akan memberi respon yang sama. Mereka akan kata, Kita akan tolak BN.

Mengapa?

Kerana anak muda telah rasa bahawa kami telah ditipu. Mereka mentadbir negara setelah sekian lama, namun nasib rakyat masih di takuk yang sama. Mereka melaungkan slogan"Tiada yang tertinggal dan tiada yang terpinggir" Tapi hakikatnya mereka telah meminggirkan rakyat. Mereka hanya memikirkan periuk nasi mereka.

Siapa Wakil Rakyat?

Mereka adalah seorang pemimpin yang diangkat dan disokong, juga diberi undi untuk memperjuangkan nasib rakyat. Tetapi mereka hanya memperjuangkan perut kroni sahaja.

Padan sangat orang kata PM bukan mentadbir Malaysia tapi PM hanya mentadbir UMNO dan BN sahaja. Hasilnya ramai orang yang tidak duduk sebumbung dengan mereka akan dilayan sebelah mata, dikriminasi oleh memimpin mereka.

Jom pilih PAS untuk ubah negara yang lebih baik!!!
Comments (2)

Kembali meneruskan misi dakwah
by Ibnu Zainal Asmawi in

Subhanallah usaha demi usaha akhirnya blog kembali dapat bernafas
Comments (0)

PRU 13 Makin terasa kehangatannya.
by Ibnu Zainal Asmawi in

PRU13 yang bakal tiba tidak lama lagi telah terasa kehangatannya. Semua parti politik sudah siap siaga untuk berperang di medan ini. Wakil rakyat yang tak pernah turun padan pun dah mula nampak muka. Muka tak malu betul!!!. Wakil rakyat yang khianat pengundi (YB lompat parti) pun turun padang nak raih simpati. Huh! ini memang muka tembok. Rakyat sangat benci.

PR menggunakan pendekatan dan penjelasan melalui ceramah-ceramah dengan berjumpa rakyat secara terus. Media di television dikuasai oleh BN kesemuanya. Ini salah satu tuntutan BERSIH untuk melihat media bebas dan adil.

BN bimbang kehilangan kuasa, manakala PR yakin untuk ke putrajaya. Realitinya nak mempertahankan kuasa lebih susah berbanding nak meraih kuasa. Itu berbalik kepada kepercayaan rakyat setempat kepada pemerintahan parti di kawasan tersebut.

Saya mengajak semua sahabat untuk laksana tanggungjawab daftar pemilih dan memilih JEMAAH PAS dan PR sebagai pilihan anda untuk melihat Malaysia lebih selamat dan sejahtera.
Comments (0)

PAS kerah ahli ke Himpunan Hijau 2.0 Ahad ini
by Ibnu Zainal Asmawi in

Khairil Abdul Rahim, 21 Feb 2012

KUANTAN, 21 Feb: PAS Pahang mengarahkan setiap kawasan di negeri itu menghantar 1,000 ahlinya ke program Himpunan Hijau bagi membantah loji memproses nadir bumi Lynas, Ahad ini.

Pesuruhjayanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bagi penyokong-penyokong PAS yang berada di parlimen-parlimen Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar dan Pekan diminta hadir lebih ramai lagi.

"PAS, parti dalam Pakatan Rakyat, NGO dan individu diminta hadir bagi menyatakan sokongan membantah kilang yang kita anggap bom jangka itu kerana lesen sementara operasi telahpun dikeluarkan oleh kerajaan.

“Semua pihak termasuk daripada Umno kita pelawa untuk hadir menyatakan bantahan kerana isu ini melibatkan kepentingan dan keselamatan negara,” tambahnya.

Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, setakat ini kepimpinan tertinggi ketiga-tiga parti serta ahli PAS dari Terengganu telah memberikan komitmen untuk hadir.

Katanya, kumpulan mahasiswa dan aktivis alam sekitar juga akan turut hadir bagi menyatakan sokongan.

Perhimpunan membantah Lynas di Gebeng itu merupakan yang kedua selepas perhimpunan pertama pada 9 Oktober di pantai Taman Gelora, Kuantan.

Perhimpunan kedua Ahad ini diadakan di padang awam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) iaitu bersebelahan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 pada 26 Februari mulai bermula jam 10 pagi.

Sementara itu, Pengerusi Mobilisasi Himpunan Hijau 2.0 Nasrun Amir, berkata Jumaat ini tiga buah masjid iaitu Masjid Al-Fatah Batu 3, Balok dan Balok Makmor akan mengadakan Solat Hajat selepas Solat Jumaat bagi memohon keselamatan dan kelancaran perhimpunan berkenaan.

Mengenai program pada Ahad ini Nasrun berkata ia akan diisi dengan pelbagai acara antaranya dendangan lagu Negaraku, bacaan doa selamatkan Malaysia, bacaan puisi oleh Sasterawan negara A. Samad Said dan pernyataan aspirasi kanak-kanak.

“Kami menjangkakan kehadiran sekitar 20,000 orang jika tanpa sebarang gangguan,” jelasnya

Sebelum ini Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob secara terbuka menyatakan kerajaan negeri tidak menghalang program berkenaan dan menganggapnya sah di sisi undang-undang.

Comments (0)

EGM KPF batal, kemenangan warga Felda
by Ibnu Zainal Asmawi in

Sumber - Harakahdaily.net


Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) mengucapkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT ekoran keputusan Lembaga Pengarah Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad(KPF) yang membatalkan Mesyuarat Agung Khas KPF yang bakal diadakan esok. Sambil mengucapkan tahniah atas keputusan tersebut, ANAK sekali lagi mengulangi desakan agar YAB Perdana Menteri membatalkan hasrat penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke Bursa Malaysia.

Kehadiran Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda telah menggugat keharmonian kehidupan 1.6 juta warga Felda dengan pelbagai pendekatan yang merugikan. Tindakannya memberi amaran kepada kakitangan Felda jika menyokong pembangkang, memperalat Jabatan Seranta Felda, 'berperang dengan Ketua Peneroka Felda Kebangsaan (Shamsudin Othman)' dan mendalangi usaha penyenaraian FGVH telah menghuru-harakan Felda.

ANAK dengan ini mempertegaskan agar Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Felda serta merta. Tumpukan perhatian sebagai Adun Bagan Pinang manakala rumahtangga Felda biarlah diserah kepada mereka yang berwibawa kerana terdapat 10 ribu anak-anak Felda yang mempunyai latar belakang pendidikan dan kerjaya yang boleh mengambilalih tempat beliau. Jika beliau enggan, Perdana Menteri wajar memecat beliau segera. Mempertahankan Isa Samad adalah suatu kesilapan besar yang menjauhkan hubungan warga Felda dengan kerajaan.

Menolak penyenaraian FGVH bukan bererti kita menolak gagasan mengangkat ekonomi Felda atau ‘mengantarabangsakan' Felda di peta dunia. Proses penambahbaikan ke atas Felda telah dilakukan. Penstrukturan terhadap Felda Holding, Felda Plantation dan pengukuhan KPF juga sedang dibuat. Pandangan kritis ANAK dalam isu Generasi Baru Felda, penyelenggaran kebun peneroka, Kos Tanam Semula, kecelaruan Kadar Perahan Gred dan lain-lain sedang ditangani oleh Felda meskipun sebahagiannya di bawa ke Mahkamah.

Kembalikan ketenangan dan kedamaian di Felda. Tan Sri Isa Samad, Datuk Sabri Ahmad dan Datuk Eshanudin Mohd Noor sila keluar dari Felda. ANAK mahu dikembalikan semula Datuk Zulkefly Abd Wahab dan Abidin Abd Rahman ke jawatan mereka sebagai Pengarah Besar Felda dan Timbalan Pengarah Besar Felda. Moga perkembangan Felda berterusan dan ANAK bertindak sebagai check dan balance bagi mempastikan Felda berada di landasan yang betul sebagaimana diasaskan Allahyarham Tun Abd Razak.

Mazlan Aliman,

Presiden ANAK

21 Februari 2012

Comments (0)

Blog bersawang
by Ibnu Zainal Asmawi in

Alhamdulillah ada sedikit semangat untuk jenguk-jenguk blog yang penuh sawang. Kita perlu rasa bersalah kerana blog yang dibiarkan bersawang bermakna tidak ada kerja yang dilakukan atau tiada usaha untuk menyampaikan dakwah melalui penulisan. Walaupun hanya copy paste tetapi itu adalah saham akhirat kerana bermatlamat untuk menyampaikan kebenaran.. insafilah. "Alwaktu kassaif" Masa seperti pedang...
Comments (1)

Promosi hebat BERSIH 02
by Ibnu Zainal Asmawi in

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah kita masih di beri peluang oleh Allah S.W.T untuk menghirup udara yang dianugerahkan oleh Ilahi.

BERSIH 02 yang akan dilaksanakan pada 09.07.2011 nanti cukup hebat di promosikan oleh media Pakatan Rakyat dan Kerajaan secara langsung atau tidak. Tak kurang yang cuba menghalang tetapi kesannya lebih mempromosi BERSIH. Jadi urusetia tak perlu susah-susah nak turun padang beri penerangan dan mengajak rakyat.

Saya berpandangan apabila kehendak rakyat ingin turun ke jalan-jalan raya dan berdemontrasi , sepatutnya kerajaan perlu mengambil langkah bijak untuk menangani masalah ini. Bukan dengan menggunakan pihak berkuasa sebagai senjata untuk menangkap. kerana kesan ini kemungkinan lebih parah.

Sebaiknya kerajaan memberi ruang kepada rakyat untuk turun dan kerajaan mengambil peluang untuk merubah dan memperbaiki kelemahan. Sekarang tindakan rakyat mengikut undang-undang dan kerajaan dan pihak berkuasa nampak seolah-olah tidak memahami undang-undang atau bahasa lebih kasar memijak undang-undang yang diperuntukan.

Saya menjangkakan himpunan BERSIH 02 kali ini akan memberi kesan kepada SPR agar lebih telus dan kerajaan juga agar lebih sensitif dengan kehendak dan kebangkitan rakyat.

Provokasi dari pihak UMNO atau PERKASA sepatutnya diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa bukan hanya membiarkan saja. Mengikut revolusi yang berlaku di Asia Barat kini, pihak provokasi turun dengan bersenjata dan ternyata kesannya lebih teruk.

Jom menuju ke arah negara yang lebih baik!!!
Comments (0)

Ohh BERSIH!!! Tuntutan Rakyat
by Ibnu Zainal Asmawi in

Hanya 8 Tuntutan BERSIH sejak 2007 yang tidak diendahkan pihak berwajib (SPR dan Government) :
1. Bersihkan senarai undi (semua rakyat yang layak mengundi (21 tahun) perlu didaftarkan sebagai pengundi secara automatik)
2. Reformasikan undi pos (Membenarkan pengundi sah yang tidak dapat balik ke kawasan undi dengan alasan yang munasabah ...untuk mengundi melalui undi pos)
3. Guna dakwat kekal (Mengelak pengundi hantu)
4. Akses media yang bebas dan adil (Memastikan media arus perdana tidak berat sebelah)
5. Tempoh berkempen minima 21 hari
6. Kukuhkan institusi awam (Memastikan keadilan dan kesaksamaan Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia supaya memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi-institusi tersebut)
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor

Sepatutnya tak dapat lunaskan kesemua 8 tuntutan, buatlah sikit2. mane rakyat tak bangkit.
'No More Talk, We Walk!'
Comments (0)

Tahniah kepada Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus
by Ibnu Zainal Asmawi in


Anugerah Tokoh Anak Muda Dewan Pemuda PAS, AlFadhil Ustaz Azhar Idrus. Beliau merupakan pendakwah bebas yang komited dengan perjuangan PAS. Tahniah kepada beliau kerana anugerah ini merupakan sig
nal bahawa anak muda berminat untuk di tarbiah dan menuntut ilmu agama.

Harapannya agar beliau terus mencurahkan ilmu kepada masyarakat Malaysia khususnya untuk mandaulatkan agama Allah S.W.T di tanahair kita.

Dewan Pemuda memberi anugerah ini juga membuktikan Pemuda PAS begitu serius dalam menangani masalah kejahilan masyarakat sekarang. Allahuakbar!!!
Comments (0)

Selamat Bermuktamar kepada Parti Islam Se Malaysia PAS
by Ibnu Zainal Asmawi in

Selamat bermuktamar kepada seluruh perwakilan dan pimpinan Parti Islam Se malaysia PAS. Semoga muktamar kali ini berjalan dengan jayanya. Kepada para perwakilan perlulah menjaga adab-adab ketika bermuhasabah.

Jauhi perkara yang boleh membawa kepada perpecahan dalam perbahasan. Semoga Allah pelihara jemaah dari gangguan anasir yang tidak sihat...Allahuakbar!!!

Klik Baca Ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Comments (0)

ANTARA SEMALAM DAN HARI INI.
by Ibnu Zainal Asmawi in

oleh : Imam As-syahid Hassan Al-Banna

WASIAT

Wahai saudaraku, dengarlah!

Apa yang saya mahu dari kalimat-kalimat ini ialah untuk membentangkan fikrah anda di
hadapan anda sekalian. Boleh jadi detik-detik getir sedang menanti kita menyebabkan kita akan
berpisah. Pada ketika itu saya tidak akan dapat lagi bercakap atau menulis kepada kamu. Oleh
itu saya berwasiat kepada anda sekelian, telitilah kalimat ini, ingatilahnya sedaya yang boleh dan
bersatulah padanya. Sesungguhnya setiap kalimat ini mengandungi erti-erti yang sangat padat.

Wahai saudaraku;
Anda sekalian bukan suatu pertubuhan kebajikan, bukan parti politik, juga bukan suatu badan
yang dibentuk untuk tujuan-tujuan terbatas. Anda sebenarnya adalah suatu roh baru yang
mengalir di hati umat ini dan dihidupkan dengan al Quran. Anda adalah suatu suara yang
bergema tinggi melaungkan dakwah Rasulullah S.A.W. Tidak keterlaluan jika anda merasai
bahawa anda adalah penanggung beban Kenabian setelah kesemua manusia enggan
melakukakannya.

Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya.

Jika dikatakan kepada anda."ini adalah politik". Katakanlah inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti ini.

Andainya mereka mengatakan "kamu penyeru revolusi". Katakanlah, kami adalah penyeru kebenaran dan kedamaian.

Jika kamu mengganggu dan menghalang dakwah kami, Allah telah membenarkankami mempertahankan diri dan kamu adalah pengacau yang zalim. Andainya dikatakan kepada anda kamu meminta bantuan dari orang tertentu atau mana-mana pertubuhan. Katakanlah, kami hanya beriman kepada Allah sahaja dan kami kufur dengan segala sekutu-sekutu. Jika mereka berkeras meneruskan permusuhan mereka, katakanlah.. kami tidak mahu orang-orang yang jahil.

KEWAJIPAN.

Wahai saudaraku;
Berimanlah kepada Allah, berbanggalah dengan mengenali dan bergantung kepadaNya.
Janganlah kamu takut dan gerun selain dari-Nya. Tunaikanlah segala kewajipanNya dan
jauhilah larangan-Nya. Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia dan sempurna. Jadilah orang-orang yang mantap dengan akhlak, mulia dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada
kamu iaitu kemuliaan orang mukmin dan orang-orang yang bertakwa.

Tatapilah dan kajilah al Quran. Bincanglah Sirah Nabimu. Jadilah orang yang beramal dan
bukannya orang yang suka bercakap dan berdebat. Bila Allah memberikan hidayat kepada
seseorang, maka diberinya ilham untuk beramal. Sesuatu kaum itu tidak sesat selepas mereka
mendapat petunjuk kecuali orang-orang yang suka berdebat. Kasih mengasihilah di antara kamu
dan jaga serapi-rapinya ikatan kamu kerana ia merupakan rahsia kekuatan kamu dan tunjang
kejayaan kamu. Tetapkanlah diri kamu sehingga Allah membuka di antara kamu dan kaummu
dengan kebenaran. Dialah sebaik-baik pembuka.

Dengar dan patuhlah kepada pemimpin kamu di masa susah dan senang, ketika segar dan lesu.
Mereka adalah simbol fikrah kamu dan penghubung di antara kamu. Selepas itu tunggulah kemenangan dan sokongan dari Allah. Peluang tetap akan datang dan janganlah ragu.

Pada hari itu orang-orang mukmin akan merasa gembira dengan pertolongan Allah. Allah akan menolong sesiapa yang dikehendakinya. Dia Maha Berkuasa lagi Penyanyang (Al-Ruum)

Allahu Akbar walil-Llahi- hamd.
Comments (0)

Hala Tuju PAS. vol 2 - Bagaimana PAS Berjuang
by Ibnu Zainal Asmawi in

Masih ada mereka yang gagal memahami , bagaimana PAS berjuang sehingga masih kedengaran suara yang mengatakan perjuangan PAS salah , bida'ah , sesat , tidak mengikut sunnah , bercanggah dengan syariat , hanya mementingkan politik , meragukan dan 1001 tohmahan dilemparkan kepada PAS .

Terlebih dahulu saya akui bahawa PAS tidak sunyi dari kelemahan dan kesilapan sebagai sebuah organisasi yang dipimpin oleh manusia. Namun kesilapan dan kelemahan itu tidaklah membawa PAS terbabas ke 'gaung dalam' yang membunuh aqidah dan mencederakan syakhsiyyah sebagai sebuah organisasi yang memperjuangkan Islam . [1]

Sebaliknya kelemahan dan kesilapan yang berlaku , bukan sahaja masih boleh diperbaiki dan disempurnakan tetapi nyata PAS mempunyai cara dan kaedah yang cukup baik untuk terus memantau perjalanan organisasinya agar menepati objektif dan ghayahnya ( matlamat ) [2] . Organisasi PAS juga mempunyai pelbagai medium untuk memastikan segala misi dan visi perjuangannya berjalan berasaskan syara' .

Kepimpinan Ulama' , Jawatan Kuasa Disiplin Parti , Muktamar Tahunan , Majlis Syura Ulama' , Mesyuarat Dewan Harian , Mesyuarat Bulanan , Mesyuarat Khas , Liqa' Fikri , Tamrin , Mukhayyam , Kuliah Haraki , Usrah Mingguan , Konvensyen PAS Negeri , Ijtimak Pilihanraya , Kuliah Agama dan banyak lagi cara dan kaedah untuk PAS mengawal organisasinya berjalan melandasi syariat Ilahi dan sunnah an Nabawi .

Jika terdapat perbedaan dalam approach atau method perjuangan PAS berbanding kumpulan Islam yang lain , ini tidak bermakna PAS salah dan bercanggah dengan syariat dan sunnah. Secara umumnya , wajar saya tegaskan bahawa PAS bergerak dalam ruang orientasi yang saya pecahkan secara kasar kepada 3 ruang utama iaitu :

Tarbiyyah dan Pengkaderan ( pembinaan dan pembentukan )
Dakwah ( penerangan )
Siasah ( politik )

Tarbiyyah dan Pengkaderan .

Aset penting yang meletakkan PAS terus istiqamah dan komited dengan perjuangan ialah agenda tarbiyyah dan pengkaderan yang menjadi nadi kepada pergerakkan PAS .
Tarbiyyah digerak dan diaktifkan untuk membina :

· Aqidah yang benar berasaskan manhaj Ahlis sunnah wal Jamaah
· Fikrah yang syumul sebagaimana syumulnya ajaran Islam itu sendiri
· Syakhsiyyah yang solehah berasaskan akhlak mahmudah bimbingan Rasulullah saw.

Sementara pengkaderan pula berfungsi untuk membina :

Kepimpinan yang berkarisma dan berwibawa .
Organisasi yang mantap dan hebat.
Tindakan yang strategic dan berkesan .

Memastikan perkara ini berlaku dalam PAS , Lajnah Tarbiyyah dibentuk pada semua peringkat organisasi PAS , bermula dari peringkat Pusat , Negeri , Kawasan bahkan cawangan. Begitu juga di peringkat dewan – dewan seperti Dewan Ulama' , Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat turut meletakkan Lajnah Tarbiyyah antara Lajnah kanan yang diberi tumpuan utama.

Aktiviti asas bagi melaksanakan cita – cita tarbiyyah banyak tertumpu kepada pembentukkan usrah dipelbagai peringkat ( kepimpinan atau ahli ) , tamrin , liqa fikri dan pelbagai program atau aktiviti semasa yang dilihat perlu dari masa ke semasa dengan berbagai wajah yang menghormati kepentingan kepelbagaian approach .

Kini PAS melalui Dewan Pemudanya pula menubuhkan Akademi Kepimpinan Pemuda yang akan berfungsi bersama pelbagai modulnya untuk mengkaderkan kepimpinan pelapis yang berwibawa menepati karisma seorang pemimpin Islam yang soleh.

Dakwah Ilallah ( Penerangan )

Berlandaskan perintah Allah yang mewajibkan setiap individu muslim menyampai dan menyebarkan Islam , dakwah telah menjadi aktiviti asas yang sangat principal sifatnya. [3]

Biarpun PAS menghadapi aneka halangan dan ancaman dari pelbagai pihak termasuk polis/FRU yang sering digunakan oleh musuh – musuh Islam yang menghalang kemaraan dakwah Islam ke tengah masyarakat , dakwah untuk menginsafkan ummah agar kembali kepangkuan Islam serta berjuang mendaulatkannya tetap diteruskan .

Ada dikalangan pemimpin PAS yang dibunuh , dipenjara , dibuang daerah dan dikenakan pelbagai tindakan kerana dakwah mereka . Namun segalanya tidak menghalang PAS dari terus melaksanakan amanah besar ini sebagai sebuah Gerakan Islam yang pastinya bertanggungjawab terhadap masa depan ummah.

Tugas dakwah ini digalas oleh semua , dari Presiden hinggalah ahli biasa dengan peranan masing – masing berasaskan keupayaan atau kemahiran mereka malah turut menghormati tahap keupayaan masing - masing.

Maudhu' ( kandungan ) dakwah PAS sangat jelas [4] , menepati apa yang diajar oleh Allah swt. PAS mendekati semua lapisan masyarakat . Bermula dengan masyarakat yang tertindas hinggalah pemimpin yang menindas dan ummat yang lesu hinggalah ulama' yang bisu .

Pelbagai pendekatan diketengahkan dalam membawa mesej perjuangan. Dewan Pemuda PAS membawa pendekatan Pemuda sebagai Duta Kasih Sayang dan Penyelamat .

Pendekatan dakwah PAS melengkapi 2 kategori utama :

1 : Dakwah Ammah ( umum )

Kuliah Agama , Forum , Seminar Ceramah Umum , Muzakarah , Debat Motivasi , Demonstrasi Penerbitan Buku , Penerbitan akhbar , Edaran VCD , Edaran Risalah , Talk Show , Dialog dll

2 : Dakwah Fardiyyah . ( khas )

Pertemuan Tertutup
Ziarah dan Dakwah
Aktiviti Amal Kebajikan

Dakwah PAS tidak bermusim dan tidak juga tertakluk kepada kepentingan pengaruh individu dan politik . Biarpun sehari selepas tamatnya pilihanraya , PAS telah memulakan aktiviti dakwahnya kepada masyarakat , demikian juga sehari selepas dibebaskan dari penjara pimpinan PAS terus melangsungkan dakwahnya.

Sekalipun dakwah yang dibawa oleh PAS tidak popular malah menerima tentangan sengit dari pelbagai pihak seperti hukuman hudud , PAS tetap menunaikan tanggungjawab dakwahnya dengan memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai peri pentingnya Negara kita melaksanakan undang – undang dan peraturan Islam itu.

Biarlah kita kehilangan undi popular dan sokongan ramai yang membawa kita kalah dalam pilihanraya , namun dakwah untuk membawa Islam kesetiap pintu hati manusia tetap diteruskan.

Siasah ( politik )

Islam adalah agama yang syumul , merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuklah politik. Mengasingkan politik dari perjuangan Islam ertinya mengurangkan sukatan perjuangan Islam yang telah diperjuangkan oleh Nabi saw. [5]

PAS meletakkan politik sebahagian dari tanggungjawab perjuangan yang mesti diperjuangkan. Kini kuasa politik berada ditangan UMNO dan BN yang enggan melaksanakan syariat meskipun berbuih mulut mereka mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam . Malah UMNO dan BN telah menyuburkan bumi Malaysia ini dengan pelbagai maksiat dan mungkar yang telah dihalalkan melalui mazhab Islam Hadharinya.

PAS berkewajipan mengambil tampuk kuasa politik dari golongan yang enggan melaksanakan syariat Islam dan PAS telah berijtihad untuk menggunakan pendekatan aman dan damai tanpa peperangan dan pertumpahan darah , dalam usaha PAS mahu mengambil alih kuasa politik tersebut.

Realiti ini membawa PAS mendaftarkan organisasinya di bawah Pendaftar Pertubuhan dan ianya sah untuk bergerak di sisi undang – undang Negara waktu ini. Semua orang boleh mengakui bahawa Islam tidak boleh dilaksana tanpa kuasa politik. Justeru itu , penglibatan dibidang politik ( siasah ) adalah kewajipan besar untuk kembali mengangkat Islam ini ke tempat yang selayaknya sebagai agama suci .

Kesimpulan

Saya tidak nampak alasan yang munasabah bagi pihak yang menolak dam meragui hala tuju perjuangan PAS. Mereka barangkali boleh untuk tidak menyertai PAS , tetapi untuk mereka menolak dan menafikan perjuangan PAS adalah suatu yang sangat tidak adil.

Kelemahan dan kesilapan boleh diperbaiki jika ada. Menolak dan menafikan atau meragui perjuangan sucinya yang diasaskan sejak tahun 51 yang lalu memerlukan alasan yang konkrit dan dalil yang pasti , bukan beralaskan emosi dan sentiment perbedaan kumpulan.

Saya selalu menegaskan kepada umum , jika terdapat suatu yang dilakukan oleh PAS bercanggah dengan syariat dan sunnah , sila nyatakan ! Jika ianya berbentuk dakwaan , sila kemukan bukti !

Kita mencari kebenaran . Andai benar atau ada , PAS melakukan perkara yang bercanggah dengan syariat atau terkeluar dari manhaj perjuangan Islam sehingga menimbulkan keraguan , saya dan seluruh ahli PAS yang ikhlas terhadap perjuangan pasti akan menyanggahinya. Namun begitu , janganlah tuduhan melulu tanpa lampiran bukti , dakwaan palsu tanpa kepastian dalil dan emosi berprasangka tanpa berlaku adil.

Nota kaki

[1] Fasal 3 . Perlembagaan PAS : Dasar PAS ialah Islam .
Fasal 4 . Perlembagaan PAS : Seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR .
[2] Fasal 5 . Perlembagaan PAS : Tujuan PAS ialah :
1 : Memperjuangkan wujudnya di dalam Negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai – nilai hidup Islam dan hokum – hukumnya menuju keredhaan Allah .
2 : Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan Negara .
[3] ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير و يأمرون بالمعروف و ينهون عن المنكر و أولئك هم المفلحون " dan hendaklah ada dikalangan kamu ummat yang berdakwah kearah kebaikan , menegakkan syariat dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kemenangan."
Surah ali – imraan : 104
[4] Fasal 6 . Perlembagaan PAS : Usaha – usaha :
1 . Menyeru ummat Manusia kepada syariat Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan , tulisan dan amalan .
2 . Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai – nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan disegenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran , ekonomi dan social serta pelajaran dan pendidikan .
[5] فما لا أصل له فمهدوم و ما لا حارس له فضائع الدين أصل و السلطان جارس " Agama adalah tapak dan pemerintah ( kedaulatan ) adalah pengawal , suatu yang tiada tapak pasti runtuh dan suatu yang tiada pengawal pasti hilang ." – al Imam Ghazali dalam Ihya' Ulumiddin

Petikan http://www.eperjuangan.com/2009/05/hala-tuju-pas-vol-2.html
Comments (0)

Presiden lancar Majlis Perwakilan PAS Luar Negara
by Ibnu Zainal Asmawi in

MANCHESTER, 26 Dis: PAS mengorak satu lagi langkah ke hadapan dengan melancarkan PAS Representative Council of UK & Eire (Majlis Perwakilan PAS Luar Negara) di Manchester Conference Center, Manchester, United Kingdom (UK) oleh Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, semalam

Majlis ini turut dihadiri oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Pengerusi PAS Representative Council of UK & Eire, Jupri Bade dan rakyat Malaysia di United Kingdom.

Majlis Perwakilan ini dianggotai oleh para teknokrat dan profesional Malaysia di UK dan Ireland bagi meneruskan dakwah Islam buat semua rakyat Malaysia di seluruh dunia amnya dan di bumi United Kingdom dan Ireland umumnya.

“Sebagaimana kita mengamalkan demokrasi di Malaysia, kita juga mengamalkan demokrasi di UK. Malah rakyat Malaysia di UK dan Ireland boleh belajar daripada keterbukaan demokrasi di UK yang sebenarnya dipelajari dan dikaji daripada sistem Islam itu sendiri.

“Masyarakat Eropah sebelum kedatangan Islam, tidak mengenali sistem demokrasi seperti yang ada pada hari ini, dan hanya mengenalinya selepas mengenali keadilan Islam kepada semua,” kata Tuan Guru Abdul Hadi pada majlis itu.

Di dalam kenyataannya pada majlis pelancaran tersebut, Jupri Bade yang dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perwakilan yang pertama menyebutkan bahawa keanggotaan majlis hanya dilantik secara terus oleh PAS, bagi mewakili dan meneruskan visi dan misi PAS dalam memperjuangkan dan menegakkan Islam.

Comments (0)