hover animation preload

JADIKAN PAS SEBAGAI JEMAAH ISLAM CONTOH
by Ibnu Zainal Asmawi in

Pertama, saya menerangkan bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) merupakan sebuah jemaah Islam dan juga merupakan sebuah gerakan Islam. Ianya sama seperti mana gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia Ikhwanul Muslimin, Jameeat Islami, dan sebagainya.

Kedua, oleh kerana PAS kita anggap sebagai sebuah jemaah Islam maka PAS perlu menepati piawai ciri-ciri sebuah jemaah Islam berdasarkan pandangan Sheikh Mustafa Masyhur dalam beberapa bukunya. Dan saya kaitkan apa yang PAS lakukan selama ini sememmangnya menepati ciri-ciri sebuah jemaah Islam. Dan setiap ahli sepatutnya berusaha supaya menjadi sebuah jemaah Islam contoh baik dalam negara mahupun di luar negara.

Antara ciri-ciri sebuah jemaah Islam ialah :

1. Tujuan penubuhan jemaah Islam alah kerana Alah swt serta sentiada mencari mardhatillah (keredhaan Allah). Jemaah mesti jauh dari matlamat keduniaan, kemasyhuran, kedudukan dan menonjol diri.

2. Jemaah Islam mestilah menggunakan A Qur'an dan As Sunnah sebagai sumber rujukan utama serta menjaga diri agar ia tidak tunduk di bawah kehendak pihak lain yang boleh memberi kesan buruk kepada gerakan dakwahnya


3. Jemaah ini dibangunkan atas tujuan menegakkan agama Allah di muka bumi. Maka manhajnya (methodologi) mestilah berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw.

4. Jemaah juga tidak mengongkongkan dirinya dalam perkara-perkara juzu' dalam Islam seperti politik, ibadah, ekonomi semata-mata. Ia mesti bergerak dalam semua bidang.

5. Pendekatan dakwah yang digunakan mesti bersifat menyeluruh (syamil) dan bersih dari sebarang kesamaran, penyelewengan dan perbezaan pendapat.

6. Jemaah mesti mengikut kaedah perjuangan Rasulullah saw iaitu secara bermarhalah, beransur-ansur, melaksanakan hikmah, kewaspadaan dalam setiap langkah dan mengambil kira faktor waqi' (persekitaran).


7. Jemaah mementingkan perkara-perkara pemantapan aqidah, iman dan ibadah, tarbiyyah, persaudaraan, jihad dan lain-lain lagi.

8. Jemaah hendaklah mejaga amlannya dari mencari propaganda dan menunjuk-nunjuk kerana ia boleh menghilangkan sifat keikhlasan dan ganjaran pahala


9. Setiap anggota jemaah mengutamakan dirinya dalam kerja dakwah dan menghindarkan diri dari sifat cela (mazmumah), perdebatan sesama, prasangka, menabur fitnah dan sebagainya. (Rujuk surah al Hujurat : 11-13)

10. Jemaah perlu bekerja mengikut perancangan, bersistematik dan realistik. Bukan banyak bertindak spontan dan banyak reaksi.


11. Dari sudut politik, jemaah perlu melahirkan suara Islam dengan jalan kesedaran politik Islam jauh sekali mengamalkan politik sekular dan putar belit.

12. Dari sudut komunikasi, jemaah mementingkan peranan sebaran am, akhbar/blog, dan apa sahaja medium yang dapat menyebarkan dakwah serta prinsip perjuangan jemaah.


13. Jemaah hendaklah bercampur gaul dengan lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa. Jadikan kepelbagaian agama dan bangsa sebagai ladang dakwah, memberikan penerangan tentang Islam yan benar. Adakan hubungan baik dengan masyakarakat bukan Islam.

14. Jemaah Islam mesti mempunyai tanzim (organisasi) yang tersusun.(Surah as Saff : 4)

15. Anggota jemaah mestilah yang telah terdidik (ditarbiyyah) dan anggota measa kekurangan perlulah berusaha mencari ilmu dan bersedia untuk ditarbiyyah. Contoh aspek usrah yang dapat melahirkan para amilin yang mempunyai kesatuan fikrah dan amal.

16. Konsep syura diamalkan dalam jemaah Islam dan menggalakkan ahli memberi pandangan serta kriktikan membina.

17. Jemaah sentiasa bertangunjawab mengikuti isu-isu semasa umat Islam dan sedaya upaya membantu umat Islam baik dalam dan luar negara yang ditimpa mala petaka, kezaliman dan sebagainya.

18. Jemaah sentiasa berwaspada dengan tipu helah musuh Islam, senitasa bersabar, istiqamah bekerja dan banyak bermunajat kepada Allah swt apabila menanggung penderitaan, kezaliman dan penderitaan semasa berdakwah.

19. Jemaah memikirkan langkah-langkah masa depan untuk bergerak dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi

Petikan dari http://intanhijau.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment