hover animation preload

HAYATI EMPAT CIRI UMMAH UNGGUL
by Ibnu Zainal Asmawi in

22 Januari - Umat Islam mesti berusaha ke arah menjadi umat yang unggul sebagaimana generasi al Qur'an yang unggul hasil tarbiyyah Rasullullah SAW. Malah keunggulan tersebut menyebabkan Islam dipandang mulia dan hebat oleh musuh-musuhnya dan Islam telah sampai ke negara kita ini sekarang.
Demikian ucapan yang telah disampaikan oleh Dato' Sheikh Mohd. Noor Mansur Al Hafiz, Pengarah JAIPk di dalam ceramah beliau sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Hilir Perak.

Menurut beliau lagi, ada empat ciri untuk menjadi umat yang unggul. Pertama, umat Islam mesti berpegang teguh kepada Al Qur'an dan Al Hadith walau dalam keadaan apa juga. Kedua, umat Islam tidak boleh berjuang atas nama bangsa atau kaum. Apalagi berjuang atas nama wang sebagaimana berlaku politik wang kini. Menurut beliau, apabila wang menjadi habuan perjuangan maka umat itu akan menjadi lemah.

Ketiganya ialah membangun umat dan negara ini atas nama keadilan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Orang Melayu tidak boleh memikirkan kepentingan kaum mereka sahaja kerana di sana terdapat pelbagai kaum lagi yang perlu diurus dengan penuh keadilan. Yang terakhir ialah umat Islam perlu berani berasaskan haq dan pada masa yang sama malu membuat perkara yang dilarang Allah

Menurut Sheikh Mohd. Noor lagi, kita banyak memeperkatakan tentang masalah sosial dalam masyrakat sedangkan ramai yang lupa bahawa masalah utama dalam masyarakat ialah masalah aqidah umat Islam yang semakin terhakis. Apabila umat tidak ditarbiyyah berasaskan aqidah yang sempurna maka ia menyebabkan timbulnya masalah -masalah lain.

Sambutan Maal Hijrah peringkat Daerah Hilir Perak tahun ini telah diadakan di Masjid Jamek Al Makmur, Langkap. Ia telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Hilir Perak.

Pada majlis ini juga, diumumkan Tokoh Maal Hijrah peringkat daerah iaitu Ustaz Abdul Rahman, dari Taman Seri Setia.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin dan Pegawai Tadbir Agama Daerah.

petikan dari intanhijau.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment