hover animation preload

UMNO ZALIMI SEKOLAH AGAMA RAKYAT
by Ibnu Zainal Asmawi in

IPOH: Daripada 38 sekolah agama rakyat (SAR) di Perak, enam buah telah ditutup dan 23 buah pula diambilalih kerajaan persekutuan, manakala yang kekal hanya sembilan buah, itupun amat uzur. Menyedihkan lagi, kebanyakan guru SAR berada di bawah paras kemiskinan sehingga ada yang terpaksa bekerja sambilan seperti menjadi pemandu dan pengawal keselamatan untuk menyara kehidupan masing-masing.

Umno dan spesis segerombolannya kini bangkit kononnya ingin membela SAR. Mengapa kini ? Mengapa sebelum ini Umno sekdar bisu dan pekak akan derita dan rintihan guru, pentadbir, ibu bapa dan murid SAR?
Siapa menzalimi SAR?

Peristiwa 11 Sept 2001 yang berjaya mengungkap kesangsian Barat secara umumnya terhadap Islam telah tempias sama pada sistem pendidikan Islam. Malaysia menjadi keterlaluan terkedepan dan seolah-olah terpengaruh dan takut akan kehilangan kuasa.
Malaysia menghentikan bantuan per kapita kepada SAR pada 25 Okt 2002. Ia bolehlah diumpamakan sebagai kesan sergahan US.

Selain itu, mungkin ingatan rakyat belum terhakis atau terpupus … kerana selain menyekat kesuburan perkembangan agama Islam, pelbagai usaha jua dilakukan untuk mengkhianati Sultan dan rakyat. Mengkhianati bangsa sendiri, khususnya Melayu kerana Melayu itu tidak terpisah daripada Islam.

Antara tindakan zalim Pemimpin Umno/BN terhadap Sekolah Agama Rakyat ialah :

* Tidak mengiktiraf Sijil Tinggi Agama yang sebelum ini diiktiraf Universiti Al Azhar Mesir
* Tidak memberi latihan perguruan pada guru dan tidak menyediakan guru terlatih pada SAR seperti yang diberi pada sekolah jenis kebangsaan (cina dan tamil )
* Tidak menyedikan makmal komputer, makmal sains dan kemahiran hidup di semua SAR.
* Memfitnah dan merendahkan kemampuan SAR
* Menghentikan geran per kapita tahunan berdasarkan bilangan murid dan kelas dengan kadar RM130.00 setahun bagi setiap pelajar
* Berusaha supaya tiada pelajar di SAR dengan mengugut dikenakan denda dan tindakan kepada waris dan pelajar.
* Memastikan SAR ditutup
* Menghapuskan usaha yang dipelopori Sultan Kedah dan ulama terdahulu.

Kesan tindakan zalim Umno/BN :

* Gaji guru dan kakitangan sekolah tidak dapat dibayar pada tarikh sepatutnya.
* Guru tidak bergaji minimun tiga bulan
* Guru-guru sengsara dalam menjalankan amanah
* Ramai guru berhenti mengajar atau mencari kerja sampingan.
* pelajar disisihkan kemudahan alam persekolahan yang sempurna
* gaji dan tanggungan SAR dikutip melalui derma dan sebagainya
* Proses pengajaran dan pembelajaran rumit dan membebankan guru
* SAR terpaksa ditutup kerana tidak selfsufficient dan hadapi tekanan
* Makin ramai yang buta jawi dan penguasaan agama Islam

0 comments:

Post a Comment