hover animation preload

Ancaman Terhadap Islam 2
by Ibnu Zainal Asmawi in

Menafikan Islam sebagai Agama Rasmi Negara

Di Malaysia, Islam adalah agama rasmi negara. Sejak negara kita mencapai kemerdekaan, kedudukan Islam sebagai agama rasmi tidak pernah dipertikaikan. Namun begitu, sejak kebelakangan ini kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara bukan sahaja telah dipertikaikan tetapi digugat oleh pelbagai kumpulan dan pertubuhan bukan Islam yang membuat pelbagai tuntutan serta tafsiran yang tidk munasabah terhadap Perlembagaan Persekutuan. Di antara hujjah yang digunakan untuk menyokong tuntutan mereka ialah bahawa Islam tidak pernah dinyatakan secara jelas sebagai agama rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebenarnya di dalam perlembagaan ada dinyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi negara atau “State religion” iaitu merujuk kepada negara Malaysia. Bila sebut tentang agama negera maka secara dasarnya ia boleh difahami sebagai agama rasmi bagi Malaysia bukannya agama rasmi yang dianuti oleh rakyat negara ini. Tambahan pula, Perlembagaan Persekutuan tidak mengahalang pengamalan agama-agama lain di mana rakyat negara ini mempunyai kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing.

Jadi. Kedudukan Islam sebagai agama rasmi tidak seharusnya dipertikai kerana mejoriti penduduk negara ini adalah beragama Islam. Agama Islam mempunyai sejarah yang cukup lama dan telah berakar umbi di dalam masyarakat sejak ratusan tahun yang lalu. Mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi merupakan satu tindakan yang tidak wajar. Malahan ia boleh dianggap sebagai satu ancaman terhadap agama dan masyarakat Islam. Sekiranya usaha untuk mempertikaikan dan tindakan mengubah status agama Islam tidak dihentikan segera dikhuatiri boleh menjejaskan keharmonian kaum di kalangan penduduk negara ini yang sudah terjalin buat sekalian lama.


Walaupun perundangan dan perlembagaan boleh ditafsiran daripada pelbagai perspektif tetapi di dalam konteks negara kita, sebarang percubaan untuk mengganggu kontrak sosial yeng telah termeterai itu boleh mendatangkan pelbagai implikasi yang negatif dan tidak sihat. Mempertikai dan mengubah status agama Islam sebagai agama rasmi akan mengundang penentangan saripada masyarakat Islam. Apa yang lebih dibimbangi ialah ia akan menghilangkan jati diri dan identiti umat Islam di negara ini yang mempunyai hubungan yang amat rapat dengan ajaran dan peradaban Islam. Fakta sejarah bahawa Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai Semenanjung Tanah Melayu adalah milik orang melayu yang beragama Islam. Hubungan sebagai sati eniti yang telah wujud sejak ratusan tahun yang lalu.


Dengan menerima kedudukan Islam sebagai agama rasmi tidak memberikan apa-apa ancaman kepada penganut agama lain. Orang bukan Islam tetap menikmati haknya sebagai rakyat negara ini. Mereka bebas mengamalkan budaya, menggunakan bahasa ibunda, berniaga, mendapat pendidikan dan melibatkan diri dalam politik serta pembuatan dasar negara. Justeru itu, berdasarkan kepada hakikat inilah maka tidak ada sebab kenapa status Islam sebagai agama rasmi perlu dipersoalkan. Agama Islam adalah hak orang Islam. Maka tidak ada alasan untuk orang bukan Islam campur tangan dalam urusan ini.

0 comments:

Post a Comment