hover animation preload

Ancaman Terhadap Islam 3
by Ibnu Zainal Asmawi in

Kemunculan Ajaran Sesat

Menurut sejarah, ajaran pertama yang dikesan di Malaysia ialah ajaran Taslim yang disebarkan di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada penghujung abad ke 19. Sehingga kini terdapat 131 kumpulan ajaran sesat telah dikesan bergerak di seluruh negara dengan menjadikan umat Islam sebagai sasarannya. Di antara ajaran yang diwartakan sebagai sesat oleh pihak kerajaan ialah ajaran Anti Hadis, ajaran Haji Ghazali, ajaran Haji Kahar, ajaran Hakikat Insan atau Tajalli, ajaran Martabat Tujuh atau Wahdatul Wujud, Qiadiani, ajaran al-Mas atau Tarikatul Islam, ajaran Taslim, ajaran Aurad Ismaliah, ajaran Naqsyabandiah Kadirun Yahya, ajaran Samaniah Ibrahim Bonjol, Ajaran Ratib Kuat Ayah Pin, ajaran Rahim, ajaran Islam Jemaah, kumpulan al-Arqam, ajaran Hasan Anak Rimau dan sebagainya. Sesetengah daripada kumpulan ajaran sesat ini sudah tidak aktif. Manakala sebilangannya masih bergerak aktif dan berusaha menyebarkan fahamanya kepada masyarakat kita.

Ajaran yang dibawa oleh kumpulan-kumpulan ini bukan sahaja bertentangan dengan Islam tetapi telah merosakkan akidah para pengikutnya dengan membuat pelbagai dakwaan yang tidak berasas. Ajaran Ayah Pin sebagai contoh mengamalkan pemujaan kepada ketua kumpulannya yang mendakwa belajar di langit. Pengikut-pengikut Ayah Pin terdapat di seluruh negara dan terdiri daripada pelbagai lapisan termasuklah profesional dan mereka yang berpendidikan agama. Di Hulu Klang, Selangor muncul Haji Kahar Ahmad yang mendakwa dirinya rasul Melayu dan sesiapa yang mengikutnya akan masuk syurga. Di kampong Nahkoda, Batu Caves telah menjadi pusat ajaran Qadiani yang paling besar di rantau Asia Tenggara. Kumpulan al-Arqam pula kembali cuba menghidupkan semula ajaran Aurad Muhammadiah dengan menggunakan platform baru yang dikenali sebagai Rufaqa’.


Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri yang paling teruk diancam oleh ajaran sesat ialah negeri Selangor. Negeri itu kini menjadi ‘Syurga” kepada ajaran sesat dengan kawasan Lembah Klang menjadi tumpuannya yang utama. Kerajaan BN telah gagal membendung kegiatan ajaran sesat daripada terus berkembang di dalam masyarakat Islam. Tindakan yang diambil tidak secara bersepadu dan sering kali bersifat bermusim. Terdapat sesetengah tindakan di atas kumpulan ajaran sesat dilakukan atas kepentingan politik dan bukan kerana untuk membersihkan agama Islam daripada ajaran-ajaran yang karut- marut yang dibawa oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

Dalam isu Ayah Pin contohnya, tindakan itu diambil untuk mengalihkan perhatian orang ramai terhadap kes pemberian puluhan ribu permit kenderaan yang melibatkan Datuk Paduka Rafidah Aziz. Sedangkan isu Ayah Pin bukan merupakan satu perkara yang baru. Semasa PAS memerintah Terengaganu, tindakan yang tegas termasuk menggunakan undang-undang telah diambil ke atas Ayah Pin sehingga menyebabkan kumpulan ajaran sesat itu hamper terkubur. Tetapi apabila kerajaan mengambil alih kuasa di Terengganu, kegiatan Ayah Pin hidup semula dengan kekuatan yang luar biasa. Kerajaan BN tidak mempunyai kemahuan politik yang kuat dan bertanggungjawab agama yang serius untuk membenteras kegiatan ini. Usaha ini perlu dilakuakan dengan secara berterusan kerana kesannya kepada akidah umat Islam dan menjejaskan Islam itu sendiri dengan memberikan gambaran yang tidak betul, songsang dan negatif kepada orang ramai.

Persoalannya…Siapakah yang perlu dipersalahkan? Isu ini sangat menyentuh hatiku. Mengapakah kita yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul boleh tergelincir dari jalan kebenaran ini?

Adakah kita benar-benar berpegang dengan al-Quran dan hadis segala keseluruhannya? Jika kita menyatakan kita beriman dengan Islam, maka WAJIB untuk kita mengikuti 100% ajaranNya..Rujuk surah al-Baqarah ayat 206 – 210.

0 comments:

Post a Comment