hover animation preload

Pemuda PAS perjuang HAK Mahasiswa
by Ibnu Zainal Asmawi in


Pertemuan Dengan Timb.Menteri
27 Ramadhan 1431 / 06 September '10


Khamis 23 Ramadhan 1431 bersamaan 02 September ’10 merupakan hari bersejarah buat Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) apabila Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah bersetuju untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan hal berkaitan Kebenaran Mahasiswa Berpolitik yang sebelum ini hangat diperkatakan. Dato’ Saifuddin Abdullah dalam hasratnya mahu melihat mahasiswa boleh terlibat dalam politik negara. Sehubungan daripada itu, DPPP yang diketuai Ketua Pemuda PAS sendiri, Ust.Nasruddin Hassan mengambil inisiatif untuk berjumpa Dato’Saifuddin untuk mengadakan perbincangan bersama bagi mengkaji penglibatan mahasiswa dalam politik negara yang dilihat sebagai suatu perkembangan yang positif dalam memartabatkan ideologi mahasiswa.


DPPP melihat pertemuan ini adalah ekoran sikap ikhlas dan terbuka yang ditunjukkan Saifuddin bagi memberikan lebih ruang demokrasi kepada golongan mahasiswa di negara ini yang sekian lama dilihat terkongkong dan disempitkan. DPPP melihat isu kebenaran mahasiswa untuk berpolitik adalah satu polisi yang matang dan ia menyuburkan lagi semangat demokrasi di Malaysia. Perbincangan secara tertutup itu antara lain menyentuh juga aspek-aspek positif dalam membenarkan mahasiswa berpoltik serta bertukar-tukar pandangan dengan lebih mendalam lagi. Ternyata Dato’ Saifuddin menunjukkan sikap yang profesional dalam menerima kunjungan kami walaupun kami datang sebagai satu sayap daripada parti pembangkang.


Perbincangan antara Saifuddin dengan DPPP dan Pakatan Rakyat juga tepat kerana mereka sebahagian sistem politik dan paling dekat dengan golongan muda termasuk mahasiswa. DPPP berpendapat perkara ini bukan semata-mata untuk kepentingan semua parti, bahkan ia adalah untuk membina idealisme mahasiswa disamping menekankan jatidiri dan komitmen mereka kepada masa depan Negara. Cadangan agar Mahasiswa dibenar terlibat dengan politik sebelum ini dikemukakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah untuk diputuskan diperingkat kabinet awal minggu ini bagaimanapun menolak cadangan tersebut. Namun beliau bagaimanapun bercadang membangkitkan cadangan itu sekali lagi pada mesyuarat yang akan datang.


Pertemuan kami diakhiri dengan sedikit cenderehati daripada Dato’ Saifuddin Abdullah. Kemudian kami bergambar kenang-kenangan sebelum meninggalkan pejabat beliau dan kemudiannya kami membuat ‘press comference’ di tingkat bawah. Ust.Nasruddin berkata DPPP sedia bertemu dengan Pemuda UMNO dan Barisan Nasional dalam memperjuangkan isu yang berkaitan.
Petikan web Pemuda PAS

0 comments:

Post a Comment