hover animation preload

Main bola pun ada peraturan
by Ibnu Zainal Asmawi in

Sukan Bola Piala Dunia 2010 cukup menarik minat setiap lapisan masyarakat. Sehingga sanggup menangguhkan segala aktiviti lain semata-mata kerana ingin menonton pasukan yang mereka minati.

Ramai orang yang membuat pembacaan sendiri tentang siapa yang akan bergelar JUARA pada tahun ini. Rasa-rasanya Jerman.hehehe

Namun tidak ramai yang mengambil pengajaran dari apa yang mereka tontonkan. Paling rugi mereka yang hanya melihat pemain berebut satu bola yang seolah-olah orang gila..Pi kedai beli la sorang satu.(Kot berebut bola)

Kita boleh fikir banyak perkara ketika kita menonton. Permainan yang hanya didalam padang pun perlu kepada peraturan. Untuk mengelak berlaku perbalahan dan pertelingkahan antara satu sama lain. Semua pemain dan penonton setuju dan akur dengan peraturan yang di gubal. Jika didalam padang yang kecil pun perlu perlu kepada peraturan, lebih-lebih lagi la perkara yang lebih besar. Kita boleh berandaian jika peraturan tidak di patuhi. Pasti pemain akan tendang kepada orang, bukan bola.

Peraturan amat perlu untuk setiap perkara... Di dalam Gerakan Islam lebih-lebih lagi atau pentadbiran sebuah negara amat perlu kepada peraturan. Jika peraturan dilanggari kita akan didakwa dan dipersoal. Kita boleh berandaian dan melihat apabila peraturan dilanggari. Ikut peraturan akan menyelesaikan masalah. Contoh terdekat kerajaan Perak

0 comments:

Post a Comment