hover animation preload

Bola punya hal
by Ibnu Zainal Asmawi in

Piala Dunia bola sepak 2010 yang menyeronokkan...

Kedai-kedai kopi di Mesir dipenuhi oleh peminat-peminat bola sepak tak kira yang muda atau tua. Bayaran kerusi tiap seorang perlu pekena secawan air atau syisya (p/s Hukum rokok haram)

Ketika perlawanan sedang rancak berlangsung, ada peristiwa yang berlaku dikalangan rakyat Mesir.

Jika anda tahu atau ingat -

Kelayakan Piala Dunia 2010 Benua Afrika. Berlaku pergaduhan diantara Algeria dan Mesir sehingga suasana menjadi tegang dikalangan penyokong-penyokong mereka. Masing-masing mempertahankan pasukan mereka. Orang main bola bukan main pedang...


Piala Dunia baru-baru ini, ketika pasukan Amerika VS Algeria...

Rupanya dendam mereka terhadap Algeria tidak terhenti setakat itu sahaja. Ketika perlawanan diantara pasukan Algeria dan Amerika, sesetengah rakyat Mesir menjadi bingung, nak sokong Amerika atau Algeria?Kalau sokong negara Amerika dah terang-terang negara yang menyokong ISRAEL, Kalau sokong Algeria, musuh lama yang masih terpahat...

Berlaku perbalahan kecil di kedai kopi diantara mereka mengenai Algeria musuh dan penyebab gagalkan mereka ke Piala Dunia dan Amerika negara sekutu Israel. Ada yang pertahan Algeria dan ada yang tetap benci. Juga ada yang pertahan Amerika. Perbalahan yang tidak ada akhirnya dan menampakkan kebodohan mereka kerana terlalu taasub sehingga boleh ikut hati yang marah...Biasa la..Kalau hati dah marah, Syaitan dan nafsu kuasai diri. Lawan jadi kawan, Kawan jadi lawan. Nauzubillah...


0 comments:

Post a Comment