hover animation preload

Islam perlu kepada pekerja
by Ibnu Zainal Asmawi in

Salam perjuangan teman-teman sekalian

Islam adalah agama syumul yang di anugerahkan oleh Allah kepada sekalian alam. Nikmat ini bukan sahaja dinikmati oleh orang Islam bahkan meliputi sekalian alam, hatta binatang juga mendapat nikmat Islam ini. Iman pula dikecapi oleh hamba-hamba yang dipilih oleh Allah S.W.T sahaja. Hamba yang memiliki IMAN dan ISLAM ini lah pekerja agama Allah yang terpundak di bahu masing-masing.

Orang-orang Islam kini leka dengan nikmat dunia sehingga melupai tanggungjawab yang perlu dilakukan. Apa yang berlaku sekrang manusia ramai yang jahil tentang agama Islam. Nama sahaja Islam tetapi tidak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar. Siapakah yang perlu bertindak dan berperanan untuk memahamkan mereka?

mentaliti kebanyakan orang juga berubah. Apabila memimpin hanya memikirkan tentang pembangunan teknologi, pertanian, pengajian akedamik sahaja. Namun amanah paling besar adalah tarbiah ruhhiyah dan pembangunan insan yang utama diabaikan. Sedarlah wahai pekerja agama Allah dan pemimpin yang terpundak amanah Allah S.W.T..

0 comments:

Post a Comment