hover animation preload

Pemikiran Tuan Guru Presiden PAS
by Ibnu Zainal Asmawi in

Salam perjuangan,

Isu "Unity Government" yang disarankan oleh Tuan Guru Presiden mendapat perhatian ramai . Pemikiran Tuan Guru amat dikagumi. Seorang pimpinan ulama' yang tidak kering idea tentang politik untuk membangunkan negara dan menghapuskan perbalahan idelogi politik yang meruntuhkan negara dan merugikan rakyat.

Walaupun media mengambil peluang untuk menghanyatkan lagi beritanya dan pihak musuh pula mengambil peluang untuk melagakan antara pimpinan dan ahli- ahli PAS. Sebagai ahli PAS yang faham tentang perjuangan dan hala tuju PAS tidak mungkin terpengaruh dengan mainan media dan pihak musuh.

Namun tidak dinafikan bahawa situasi ini memberi sedikit impak kepada ahli dan pimpinan PAS. Ada dikalangan kita yang mula meragui dengan sesetengah pimpinan PAS. Paling menyedihkan apabila ada ahli yang cuba menambah keraguan lagi dengan mengutarakan bacaan politik individu tanpa fakta yang betul. Ahli yang bijak berusaha untuk tenangkan keadaan dan memberi penjelasan.

Terdapat juga pandangan yang hanya mengikut emosi semata-mata. Taksub pada setengah pimpinan sahaja. Pimpinan PAS yang istiqomah dalam perjuangan, wala', kefahaman yang jelas dan bersih dari sudut moral pun musuh kita mampu untuk memberi imej yang buruk kepada mereka. Kita perlu thiqah pada pimpinan kita untuk memacu perjuangan yang lebih mencabar.

Pemikiran dan pandangan Tuan Guru Presiden perlu diadakan wacana, perbincangan dan forum untuk memberi kefahaman yang jelas kepada rakyat malaysia khusunya tentang idea ini , juga membuka minda rakyat tentang Politik Islam. Tidak timbul untuk bergabung dengan UMNO yang dimainkan oleh media.

Untuk mendapat keterangan tentang Unity Government yang disampaikan oleh Tuan Guru Presiden PAS di London. Layari muhaiminsulam.blogspot.com

1 comments:

Anonymous said...

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)

View Profile: Rantong™

Post a Comment