hover animation preload

Gagasan politik Islam "Islam Memimpin Perubahan"
by Ibnu Zainal Asmawi in

Selangit pujian Kepada Allah S.W.T atas nikmatNya yang masih memberi peluang kepada kita untuk hidup di dunia ini lagi. Ini bermakna Allah masih memberi peluang dan ruang kepada kita untuk bertaubat.

Suasana kemelut politik negara yang kelam kabut dan huru hara pada ketika ini amat membimbangkan semua pihak. Kerana kerakusan pimpinan BN di negara kita menunjukkan bahawa kepercayaan rakyat kepada badan kehakiman, perlembagaan negara, demokrasi dan kerajaan kian pudar. Kata Presiden PAS "PAS sekali-kali tidak akan menghormati kerajaan yang sememangnya tidak menunjukkan rasa hormat mereka kepada undang-undang dan perlembagaan negara". Kesan kemelut ini, rakyat dilihat semakin matang dalam masalah negara. Jika sebelum ini rakyat hanya mengambil enteng sahaja. Namun kini rakyat telah peka dan mula memahami undang-undang dan perlembagaan juga mengambil berat suasana politik yang berlaku. Perubahan ini suatu perkara yang baik kepada rakyat dan menunjukkan mereka bersedia untuk melakukan perubahan di negara kita.

PAS sebuah gerakan Islam yang menjadikan al-Quran. Sunnah, Ijma' dan Qias sebagai perlembagaan tertinggi parti. Pembawakan dan matlamat PAS cukup jelas kepada ahlinya, sekutunya dan pihak lawannya. Harapan PAS untuk membentuk negara yang diredhoi oleh Allah S.W.T. Seperti ucapan dasar Tuan Guru Presiden PAS di Muktamar baru-baru ini mengajak ahlinya untuk mengorak langkah berpandukan tema muktamar pada kali ini "Islam Memimpin Perubahan". Ia adalah suatu gagasan Politik Islam yang akan menyatukan semua kaum di Malaysia dengan berpandukan konsep keadilan. Pertubuhan Kelab PAS yang banyak dari kaum Cina dan India di setiap negeri membuktikan bahawa PAS mampu untuk memperkasakan gagasan yang diungkapkan oleh Tuan Guru Presiden PAS.

Muktamar PAS yang baru sahaja berlansung menjadi tumpuan banyak pihak. PAS makin dikagumi di mata dunia. Muktamar menjadi tempat untuk bermuhasabah di antara ahli dan pimpinan tentang gerak kerja dan pembawakan PAS. Banyak perkara diperbahaskan oleh para perwakilan. Semua pimpinan dan ahli perlu berlapang dada dengan muhasabah yang diberikan.
Sempena Muktamar dan pemilihan pimpinan PAS ramai yang sedar bahawa serangan terhadap individu-individu pimpinan PAS tertentu di alam maya amat hebat. Kita menganggap semua perkara ini dimainkan oleh musuh-musuh PAS. Tetapi apa yang dibimbangi adalah sebagai pendokong PAS turut terjebak dalam kancah ini.

Pimpinan dihujum dengan pelbagai tomahan yang kadang-kadang melanggari adab-adab sebagai ahli gerakan Islam. Sedangkan pimpinan tidak akan membuat sesuatu yang melibatkan dasar tanpa persetujuan muktamar. Apatah lagi apabila syura yang membuat keputusan tentu disana ada perbincangan secara lumat oleh pimpinan. Ahli perlu dengar dan patuh. Bahkan ada individu yang membuat istilah baru, beza ulama dan profesional, pro pakatan, pro muqobalah, golongan erdogan, ulama dan sebagainya. Istilah ini hanya ingin melihat pertembungan diantara kita sahaja. Sebagai ahli perlu jelas bahawa Parti Islam Se Malaysia (PAS) bukan sahaja parti politik, tetapi melibatkan dakwah dan tarbiah. Berlawan dengan UMNO habis-habisan, namun ahli umno perlu di ajak untuk bersama kita.

Sebenarnya musuh kita yang cuba melagakan kita dari kalangan mereka yang menganut fahaman Sekularisme yang memakai topeng Liberalisme Barat. Golongan ini sentiasa mengarahkan pena dan senjata mereka untuk menghalang dan memerangi segala bentuk kebangkitan Islam dengan cara memburuk-burukkan jemaah dan pejuang-pejuang, mereka memberi label-label baru yang menunjukkan imej buruk kepada Gerakan Islam. Mereka menyerang kita dari segenap penjuru. Jika kita terleka dan masih memikirkan masalah yang kecil akan menghancurkan kesemuanya.

Apabila ada pejuang-pejuang Islam yang telah melakukan perkara tersebut kerna jahil, maka ia satu musibah tetapi jika dilakukan dengan sengaja maka musibahnya lebih besar. Hal itu bermakna ia telah melakukan pengkhianatan terhadap Islam.

Bak Kata Penyair

"Apabila kamu tidak mengetahuinya maka adalah musibah, Dan bila kamu sudah ketahui, musibahnya lebih besar lagi"

Kita akan terus menyokong dan mendokong PAS. Pimpinan dikalangan ulama' atau profesional bukan ukuran tetapi mereka yang mampu untuk membawa dasar PAS.

1 comments:

Atuk Banjar Masin said...

KERAJAAN PERPADUAN

Kuasa politik Melayu/Islam semakin terhakis.

Hanya kuasa politik melayu/Islam sahaja yang boleh mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Semua pemimpin Melayu/Islam harus sedar dan kembali kepangkal jalan.

Selamat kan kuasa politik Melayu/Islam sebelum terlambat.

Post a Comment