hover animation preload

Dakwah dan tarbiyah tunjang gerakan PAS - Daud Iraqi
by Ibnu Zainal Asmawi in

SHAH ALAM, 4 Jun (Hrkh) - Dewan Ulama PAS Pusat yakin dan percaya walau sejahat atau sefasiq mana pun manusia beragama Islam, mereka tetap berpeluang untuk menerima hidayah daripada Allah S.W.T. untuk kembali ke pangkal jalan.
Demikian ujar Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Mohd Daud Iraqi dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat di Muzium Negeri Selangor pagi ini.

"Memang tidak dapat dinafikan bahawa PAS adalah sebuah parti politik Islam. Selain itu seluruh dunia tahu bahawa PAS juga sebuah Harakah Islamiyyah, gerakan Islam yang menjadikan dakwah dan tarbiyah sebagai tunjang utama gerakannya," katanya dalam ucapan Dasar tersebut.
Namun ujarnya, adalah amat malang jika terdapat segolongan ahli dan pendokong PAS yang tidak mahu berinteraksi apa lagi meneruskan agenda dakwah kepada non muslim dan agenda amar makruf nahi mungkar kepada saudara sesama Islam.
"Ibarat kata-kata hikmat Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa PAS akan membubarkan parti itu sekiranya Umno bersedia hendak mengamalkan Islam dalam hidup bernegara dan masyarakat," ujarnya.
Begitu juga dengan kata-kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang menegaskan bahawa PAS melawan Umno bukan kerana nama dia Umno, tetapi kerana Umno mengekalkan peraturan dan perlembagaan penjajah.

"Sekalipun kita menentang Umno, misi dakwah serta amar makruf nahi mungkar tetap disasarkan kepada mereka. Terutamanya pada masa ini, sehingga mereka faham dan akhirnya bersama kita dalam perjuangan ini," katanya lagi. - mns
* Pekerja-pekerja agama Allah perlu jelas dan peka matlamat yang sebenar perjuangan HARAKAH ISLAMIAH secara amnya Gerakan Islam Dunia dan khususnya Parti Islam Se Malaysia (PAS). Tidak timbul hujuman kepada pimpinan jika kita memahami matlamat perjuangan kita.

0 comments:

Post a Comment