hover animation preload

Syeikhuna Dr Yusuf Qardhawi
by Ibnu Zainal Asmawi in


Wajah seorang ulama'
* Banyak jasanya yang disumbangkan untuk ISLAM.
Perjalanan hidup Syeikh Dr Yusuf Qardhawi (sehingga tahun 2007), kira-kira tujuh puluh tahun perjalannya.

2 perkara yang menjadi perkara utama beliau sebagai seorang yang aktif dalam medan dakwah dan harakah islamiah.


Pertama beliau aktif sebagai seorang ulama' dalam bidang fiqh, penulisan dan ucapannya dalam masalah isu-isu semasa dan hukum -hakam agama. Baginya semua ilmu yang dipelajari dan bekalannya menggali mutiara khazanah Islam semuanya diraih di Universiti al-Azhar dahulu.


kedua beliau juga aktif dalam harakah Islamiyah yang tujuannya untuk memperjuangkan dan menegakkan Agama Allah, Khilafah Islamiyah dan Daulah Islamiah agar tertegak kembali. Beliau menyatakan bahawa segala bekalan, tarbiah dan ilmu gerakan Islam semuanya diperolehi ketika beliau bersama Ikhwan Muslimin sebuah gerakan Islam di Mesir.
Ternyata bahawa kita sebagai penuntut ilmu Allah mempunyai tanggungjawab yang amat besar untuk membawa masyarakat ke jalan yang benar. Wajib untuk kita mendalami segala ilmu di al-Azhar sebagai bekalan.
Dr Yusur Qardhawi juga produk yang dikeluarkan oleh al-Azhar, sesuai untuk dijadikan sebagai contoh. Banyak usaha-usaha beliau untuk melihat Islam kembali utuh. Antaranya dengan menyatukan ulama'-ulama dunia dibawah satu bumbung, mengeratkan hubungan antara ahli sunnah dan syiah, menyatukan pandangan diantara empat mazhab yang berbeza dan lain-lain.
Beliau juga sentiasa menjawab isu-isu semasa, masalah agama dan memberi pandangan dalam segala masalah yang berlaku. Apa yang mengkagumkan adalah beliau mampu memguasai ilmu perbankan Islam dan ilmu sampingan yang lain. Kelebihan yang diperolehi beliau mampu untuk menyelesaikan masalah dengan mudah.
Apa yang saya nak katakan adalah, mana mungkin Islam akan tertegak dan gemilang jika tiada orang yang bekerja untukNya. Jadi BEKERJALAH untuk Islam. walaupun kita berada dalam kelompok yang kecil dan lemah. Moga-moga kerja buat kita dinilai oleh Allah.

0 comments:

Post a Comment