hover animation preload

EGM KPF batal, kemenangan warga Felda
by Ibnu Zainal Asmawi in

Sumber - Harakahdaily.net


Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) mengucapkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT ekoran keputusan Lembaga Pengarah Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad(KPF) yang membatalkan Mesyuarat Agung Khas KPF yang bakal diadakan esok. Sambil mengucapkan tahniah atas keputusan tersebut, ANAK sekali lagi mengulangi desakan agar YAB Perdana Menteri membatalkan hasrat penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke Bursa Malaysia.

Kehadiran Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda telah menggugat keharmonian kehidupan 1.6 juta warga Felda dengan pelbagai pendekatan yang merugikan. Tindakannya memberi amaran kepada kakitangan Felda jika menyokong pembangkang, memperalat Jabatan Seranta Felda, 'berperang dengan Ketua Peneroka Felda Kebangsaan (Shamsudin Othman)' dan mendalangi usaha penyenaraian FGVH telah menghuru-harakan Felda.

ANAK dengan ini mempertegaskan agar Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Felda serta merta. Tumpukan perhatian sebagai Adun Bagan Pinang manakala rumahtangga Felda biarlah diserah kepada mereka yang berwibawa kerana terdapat 10 ribu anak-anak Felda yang mempunyai latar belakang pendidikan dan kerjaya yang boleh mengambilalih tempat beliau. Jika beliau enggan, Perdana Menteri wajar memecat beliau segera. Mempertahankan Isa Samad adalah suatu kesilapan besar yang menjauhkan hubungan warga Felda dengan kerajaan.

Menolak penyenaraian FGVH bukan bererti kita menolak gagasan mengangkat ekonomi Felda atau ‘mengantarabangsakan' Felda di peta dunia. Proses penambahbaikan ke atas Felda telah dilakukan. Penstrukturan terhadap Felda Holding, Felda Plantation dan pengukuhan KPF juga sedang dibuat. Pandangan kritis ANAK dalam isu Generasi Baru Felda, penyelenggaran kebun peneroka, Kos Tanam Semula, kecelaruan Kadar Perahan Gred dan lain-lain sedang ditangani oleh Felda meskipun sebahagiannya di bawa ke Mahkamah.

Kembalikan ketenangan dan kedamaian di Felda. Tan Sri Isa Samad, Datuk Sabri Ahmad dan Datuk Eshanudin Mohd Noor sila keluar dari Felda. ANAK mahu dikembalikan semula Datuk Zulkefly Abd Wahab dan Abidin Abd Rahman ke jawatan mereka sebagai Pengarah Besar Felda dan Timbalan Pengarah Besar Felda. Moga perkembangan Felda berterusan dan ANAK bertindak sebagai check dan balance bagi mempastikan Felda berada di landasan yang betul sebagaimana diasaskan Allahyarham Tun Abd Razak.

Mazlan Aliman,

Presiden ANAK

21 Februari 2012

0 comments:

Post a Comment