
Khairil Abdul Rahim, 21 Feb 2012 KUANTAN, 21 Feb: PAS Pahang mengarahkan setiap kawasan di negeri itu menghantar 1,000 ahlinya ke program Himpunan Hijau bagi membantah loji memproses nadir bumi Lynas, Ahad ini. Pesuruhjayanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bagi penyokong-penyokong PAS yang berada di parlimen-parlimen Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar dan Pekan diminta hadir lebih ramai lagi. "PAS, parti dalam Pakatan Rakyat, NGO dan individu diminta hadir bagi menyatakan sokongan membantah kilang yang kita anggap bom jangka itu kerana lesen sementara operasi telahpun dikeluarkan...