hover animation preload

PESURUHJAYA PAS PERAK
by Ibnu Zainal Asmawi in

USTAZ ABU BAKAR HUSSIN PESURUHJAYA PAS PERAK YANG BARU


Ustaz Abu Bakar bin Hussin, sebelum ini merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 bagi PAS negeri Perak telah dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Perak yang baru. Pengumuman telah dibuat oleh Presiden PAS, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam.

Ustaz Abu Bakar menjadi Pesuruhjaya PAS Perak bagi menggantikan Ustaz Ahmad Awang yang telah menarik diri dari memegang sebarang jawatan di dalam PAS di semua peringkat.

PAS Kawasan Teluk Intan dan ADUN Changkat Jong mengucapkan tahniah kepada Ustaz Abu Bakar atas amanah baru yang telah dipertangunggjawabkan oleh jamaah/parti. Semoga PAS Perak terus maju di bawah kempimpinan ustaz.

Allahu akbar..!

Petikan intanhijau.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment