hover animation preload

Besungguh-sungguh menghidupkan Ramadhan
by Ibnu Zainal Asmawi in

Allah SWT berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمْ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagiamana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kalian menjadi orang yang bertaqwa”.
(Al-Baqarah:183)
Sabda Rasullullah S.A.W
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِه
“Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan bersungguh mengharap pahala dan redha Allah, maka akan diampunkan dosa-dosa kamu yang telah lalu”.
Persediaan yang paling penting ialah melakukan perbersihan jiwa. Ada di kalangan orang Islam sendiri tidak bersedia untuk membersihkan hati dari sifat mazmumah dan kotoran dosa. Antaranya seorang mukmin itu perlu memberi ruang masa dengan membaca al-Quran dan berzikir. Puasa juga mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup.
Banyak kelebihan Bulan Ramadhan yang di anugerahkan Allah kepada kita. Janganlah kita mensia-siakan kelebihan ini. Mari sama-sama kita melipat gandakan amalan serta taqarub kepada Allah. Jadikan Ramadhan sebagai bulan tarbiah dan madrasah untuk mendidik jiwa kita.
Ingatan untuk kita semua agar tidak berlebih-lebihan ketika berbuka.
Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. maksudnya:

Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan. (Surah al-`Araf:31).
Di dalam hadis Baginda S.A.W. menyebut:
“Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”(Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan).
Selamat Berpuasa semua....

0 comments:

Post a Comment