hover animation preload

Pesuruh Jaya PAS Perak arahkan solat hajat selamatkan kerajaan Pakatan Rakyat
by Ibnu Zainal Asmawi in

Johari Jaafar
Fri Jul 11, 08 12:41:10 pm MYT

IPOH, 11 Julai (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang, merangkap Naib Presiden PAS meminta semua ahli PAS, penyokong dan pemimpin semua peringkat mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan Allah agar menyelamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak daripada 'ditumbangkan' dan juga daripada usaha-usaha jahat pihak tertentu terhadap kerajaan negeri.

Melalui surat arahan yang dihantar ke seluruh PAS kawasan, beliau meminta rakyat yang cintakan keamanan dan kestabilan politik memohon pertolongan Allah agar memeliharakan Kerajaan Negeri Perak serta dijauhkan daripada usaha-usaha jahat musuh-musuh Islam.

Arahan itu dibuat dipercayai ekoran kenyataan Bekas Menteri Besar Perak, yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Perak, Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali, yang menegaskan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak akan tumbang pada 31 Julai ini.

Kenyataan Tajol Rosli ini dilihat ada sesuatu perancangan yang sedang dan akan dilakukan oleh pihak tertentu bagi menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak yang baru melepasi usia 100 hari.

Menurut pemimpin PAS tempatan, kenyataan itu merupakan sesuatu yang mencurigakan dan mencemaskan kepada suasana politik di negeri ini dan kenyataan itu sewajarnya dipandang serius.

Oleh itu arahan kepada seluruh rakyat untuk melakukan solat hayat bagi memohon pertolongan Allah untuk menyelamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat daripada tindakan tindakan dan usaha jahat musuh musuh Islam dan Pakatan Rakyat adalah amat wajar sekali.

DAP Perak sebelum ini telah membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap kenyataan Tajol Rosli itu dan meminta BPR menyiasatnya. - mns _

0 comments:

Post a Comment