hover animation preload

Ancaman Terhadap Islam 4
by Ibnu Zainal Asmawi in

Mencabar Kewibaan Mahkamah Syariah

Untuk usaha menggugat agama Islam dan mencabar hak serta kedudukan umat Islam bukan sahaja datangnya daripada kalangan NGO bukan Islam, tetapi juga dating daripada anggota cabinet kerajaan Barisan Nasional (BN) apabila sembilan orang menteri telah bertindak menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Badawi supaya meminda perkara 121 (1A) mengenai bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah untuk mengadili kes-kes berkaitan dengan Islam. Perkara 121 menyatakan dengan jelas mengenai pemisahan di antara bidang kuasa Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil. Mengikut Peruntukan di dalam perkara 121, Mahmamah Sivil tidak boleh campur tangan dalam urusan Mahkamah Syariah.


Pertikaian mngenai peruntukan perkara 121 (1A) tidak pernah timbul sebelu ini. Tetapi ia elah menjadi isu kontroversi apabila belakunya kematian pada pendaki Gunung Everest, Muhammad bin Abdullah atau M.Moorthy. Jenayah Muhammad Abdullah telah menjadi perebutan di antara pihak berkuasa agama Islam dengan keluarganya yang beragama Hindu. Mahkamah telah memutuskan bahawa Muhammad Abdullah mati sebagai seorang yang beragama Islam dan kerana itu telah dikebumikan mengikut ucapaca keagamaan Islam. Bagaimanapun isteri Muhammad Abdullah telah mencabar Mahkamah Syariah di Mahkamah Tinggi. Tetapi permohonannya telah tertolak kerana Mahkamah Sivil tidak mempunyai kuasa untuk mencampuri urusan Mahkamah Syariah apatah lagi membatalkan keputusan yang telah dibuat itu. Halangan Mahkamah Sivil berbuat demikian ialah kerana adanya perkara 121 (1A).

Kes ini telah menimbulkan rasa tidak puasa hati kepada isterinya yang beragama Hindu. Beliau masih mahu mencabar keputusan Mahkamah Syariah. Tindakannya mendapat sokongan daripada beberapa buah NGO dan masyarakat bukan Islam yang mahukan supaya perkara 121 (1A) dipinda bagi membolehkan supaya kes yang membabaitkan pertikaian mengenai status agama boleh dibicarakan di Mahkamah Sivil. Sekiranya pindaan tersebut dilakukan maka ia akan menyebabkan MAhkamah Syariah hilang kuasa dan forum yang paling sesuai untuk mendengar kes-kes yang berkaitan dengan Islam dan melibatkan orang Islam tidak terkecuali saudara baru. Tuntutan supaya pindaan dibuat ke atas perkara 121 (1A) merupakan satu pencabulanterhadap kewibaan Mahkamah Syariah. Sekaligus akan menyemptkan dan memperkecilkan ruang bidang kuasa Mahkamah Syariah. Kemuliaan dan martabat Mahkamah Syariah harus dipertahankan. Kalau boleh dipertingkatkan sejajar dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi.


Meskipun kerajaan telah menolak tuntutan untuk meminda perkara 121 (1A), hasil daripada bantahan yang digerakkan oleh Parti PAS, NGO Islam dan masyarakat Islam tetapi masih ada usaha yang dibuat untuk mendesak supaya pindaan dilakukan pada masa yang akan dating. Kini, usaha-usaha untuk mencabar kredibiliti dan bidang kuasa telah dilakukan oleh beberapa pihak termasuk mereka yang didakwa kerana terbabit di dalam ajaran sesat. Bahkan kes-kes yang melibatkan kejayah Murtad dan pertukaran juga telah dibawa ke Mahkamah Sivil sedangkan kes-kes sedemikian adalah dibawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Dalam kes yang melibatkan ajaran sesat yang mengaku sebagai rasul, Haji Kahar Ahmad yang telah dijatuhkan hukuman penjara 3 bulan oleh Mahkamah Syariah telah mencabar keputusan di Mahkamah Sivil. Beliau telah membuat permohonan supaya kesnya yang dianggap sebagai satu kesalahan jenayah dibicarakan di Mahkamah Sivil bukannya di Mahkamah Syariah. Mahkamah Persekutuan telah membenarkan permohonan beliau dan keputusan ini akan membawa implikasi yang besar di mana keputusan Mahkamah Syariah yang sudah boleh dicabar.

Apabila kuasa dan pernanan Mahkamah Syariah dipertikaikan ia akan membuka ruang kepad pelbagai bentuk tuntutan yang boleh menggugat kedudukan orang Islam. Hak orang Islam sudah dicabar oleh orang bukan Islam menggunakan Mahkamah Sivil. Ancaman yang dilakukan secara berterusan terhadap kuasa Mahkamah Syariah akhirnya akan menyebabkan ia hilang sengat dan taringnya untuk mempertahankan akidah orang Islam serta menangani kes-kes yang berkaitan dengan ISLAM.

0 comments:

Post a Comment