hover animation preload

Tinta Dakwah
by Ibnu Zainal Asmawi in

Dakwah merupakan satu tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada setiap penuntut ilmuNya di dunia ini. Ia merupakan satu tugasan yang sangat berat untuk digalas tambahan pula golongon ini digelar sebagai pewaris para Nabi. Tidak tersentakkah kita bahawa kita adalah golongan yang dimaksudkan oleh Nabi? Sedarlah sahabat-sahabat sekalian cabaran masa kini terlalu mendesak untuk kita lebih proaktif dan merancang untuk merentasi jalan yang yang penuh berliku ini. Kita sangat diperlukan oleh masyarakat yang sedang merintih kehausan titisan ilmu daripada seorang yang bergelar ulama'. Sepatutnya kita berperanan sebagai pengubat atau doktor kepada kebejatan dan kerosakan akhlak masyarakat di Malaysia juga menjadi orang yang bersuara disaat Islam dihina dan dipijak sesuka hati oleh sesiapa sahaja yang memusuhi agama Allah SWT.

Sungguh malang jika kita yang bermusafir beratus-ratus ribu batu semata-mata untuk mengutip mutiara ilmu di bumi Anbiya’ ini terus leka diulit mimpi yang tidak berkesudahan tanpa sekelumit pun rasa ingin bangkit menentang penjajahan akidah dan akhlak yang terus menodai saudara seakidah kita di tanah air sana.

Suara Dakwah kita tak mungkin sampai kerana terpisah dek jarak, namun kita masih ada jejari yang dikurniakan Allah SWT untuk menyumbang idea, pandangan, kritikan dan apa sahaja melalui penulisan walaupun secebis kalam nasihat dan taujihat. Tambahan pula di zaman yang serba canggih ini juga kita boleh menggunakan kecanggihan teknologi sebagai alat dan cara untuk kita menyebarkan dakwah Islam keseluruh pelusuk dunia.

Sedarkah bahawa musuh Islam kini sedang merancang untuk menjatuhkan Islam dan menggunakan pelbagai bentuk dan cara untuk menyebarkan dakyah mereka bagi melihat kehancuran Islam. Kitalah antara mata rantai yang berperanan menentang kebiadaban golongan golongan ini yang semakin berani menghina Islam secara terang-terangan, namun kemana kita disaat kita diperlukan? Muhasabah ini terletak di bahu kita semua........Teruskan di arena penulisan ini untuk menjalankan usaha dakwah bersama..Salam perjuangan...